LOGO PRS
Saturday, August 15, 2015
KEM ASAS PRS 2015
14&15.8.2015 - Berlangsung selama 2 hari bertempat di Kem Starfresh,Kuala Pilah.Program ini dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor SMK.Seri Pagi.
Thursday, August 6, 2015
AMANAT GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UJIAN 2 AKAN BERLANGSUNG PADA 24 OGOS,2015.SILA AMBIL PERHATIAN SEMUA PRS SMKSP,ANDA PERLU YAKIN DAN BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM UJIAN TERSEBUT.YAKIN AKAN KEJAYAAN ANDA.SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2015
KURSUS ASAS PRS AKAN DIADAKAN PADA 14 DAN 15 OGOS,2015 BERTEMPAT DI KEM STARFRESH,KUALA PILAH.DIHARAPKAN SEMUA PRS TERPILIH BERSEDIA DARI SEKARANG.SELAMAT BERKURSUS
JAMUAN HARI RAYA PRS 2015
5 OGOS,2015 - Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Lahir telah di adakan dan dikendalikan oleh PRS sendiri. Tetamu jemputan adalah Tuan Pengetua,GPK Akademik,GPK Hem,dan GPK Petang serta beberapa orang guru.Sambutan begitu meriah sekali.Tahniah.
Friday, July 10, 2015
Hisap shisha lebih bahaya daripada rokok

SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.
Wednesday, July 8, 2015
LAGU RASMI PRS
Pembimbing Rakan Sebaya
Menawar Khidmat Bakti
Menjana Kecemerlangan
Wawasan Negara
Kami Berdiri Megah
Dengan Tekad dan Harapan
Membantu dan Membimbing
Penuh Kasih Mesra
PRS Pemangkin
Masyarakat Penyayang
Berilmu Beramal
Bentuk Jati Diri
Amanah Diberi
Janji Ditepati
Amalan Mulia
Jadikan Panduan
Pembimbing Rakan Sebaya
Siap Sedia Berjasa
Membentuk dan Membina
Hidup yang Bermakna
Monday, July 6, 2015
UCAPAN TAHNIAH
Tahniah kepada ahli PRS yang terpilih dalam Jawatan Kuasa PRS bagi tahun 2015.Moga anda dapat bertugas dengan penuh dedikasi dan menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk kemajuan PRS sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)